Mereka telah dipinjamkan oleh tuhan untuk melaksanakan suruhannya .
Malang sekali segelintir yang tidak bernasib baik telah tertelan dalam pukauan manja dunia .
Memang enak tidur dalam buai sementara .
Mengakhiri semua ini dengan kemenangan takdirnya .
Bukan semua orang sama .
Jangan pandang hina .
Bukan semua banduan jahat .
Jangan lupa kau bukan yang terhebat .
Mata kau tunjuk rendah .
Diri kau lagak tinggi .
Usaha sampai penat lelah .
Rezeki Tuhan yang bagi .
Sanjungan orang luar dari orang dalam .
kerana orang dalam bodoh dan lemah .
Sedarlah bahawa kau dah tenggelam .
Tenggelam di dalam Rancangan semalam .
Sekarang aku yang tah ape ape .
Jangan nanti ada yang teraba-raba .
sekarang kau bolehlah bangga .
Doalah padanya moga nanti kau akan berjaya .
Guna la otak kau untuk fikir dan ingat , bahawa kau hidup bukan untuk dunia .
Sememangnya dunia ini tiada masa , sebebasnya diri kau untuk merentasinya .
Usaha dan usaha hanya sementara , dosa menilai sambil menghina .
Rahsia hakikat Tak di cari , Malah harta untuk kesenangan dunia .
hai manusia kolot !
No comments:
Post a Comment