Tuesday, 14 June 2011

Hakikat

Aku ,
  
   Aku tak mengkaji apa yang aku mahu , malah aku buat keputusan melulu ,
aku terlalu risaukan rezeki yang belum jadi milik aku , kerana aku takut dengan diri aku

  Aku meminta dgn tidak jujur , aku meminta untuk kepentingan ,
hakikatnya aku hanya manusia , manusia biasa yang hanya menjalankan tugas di atas muka bumi sebagai hamba pencipta ,
 
Kadang-kadang aku lemah ,
                    
  Lemah dengan hasutan si penghasut , mereka si pengecut yang cuba mengunakan aku dengan menghasut
untuk berfikir dan bertindak tidak waras , hampir hilang keyakinan diri  , dan cuba memperbodohkan diri dengan mendengar cerita si bodoh ! , sedarlah hakikatnya manusia , apa yang di sampaikan adalah benar
setakat mana yang terjadi , Utusannya adalah benar .

  Dengan putus asa disebabkan oleh rezeki yang di minta ,rahmat yang di pinta , lapang yang di doa belum tiba masanya lagi , dan hasutan bermula kerana tamakkan kemenangan, bahkan kemenangan tersebut  ialah kekalahan kekal .

  Hakikatnya
Janganlah kau hilang keyakinan serta akidah oleh permulaan  , bahawa nanti kau akan terima sesuatu di pengakhiran wahai si mulia sekalian


 Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata kami beriman,
sedang mereka tidak diuji dengan suatu cubaan
                                                                                                       alankabut - ayat 2

No comments:

Post a Comment